Punca Sebenar Urat Kaki Bersimpul, Ini Respon Doktor Pakar

Powered by WP Review

Punca Sebenar Urat Kaki Bersimpul, Ini Respon Doktor Pakar – DOKTOR, saya rasa amat runsing. Saya mengalami masalah urat simpul dah agak lama. Saya pernah berjumpa doktor dan saya dengar doktor sebut masalah yang saya alami sebagai varicose vein. Makin lama, urat simpul tersebut makin ketara. Saya mudah terasa lenguh- lenguh pada bahagian betis. Saya takut untuk berjumpa doktor lagi kerana sudah tentu mereka akan melakukan pembedahan. Harap doktor dapat membantu. – Maria, Kedah

Punca Sebenar Urat Kaki Bersimpul, Ini Respon Doktor Pakar

Punca Sebenar Urat Kaki Bersimpul, Ini Respon Doktor Pakar

Jawapan

Jangan runsing, masalah urat simpul adalah masalah yang biasa dialami oleh wanita. Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada bahagian bawah kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos).

Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda.

Salur darah atau vena mempunyai injap menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini.

Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan boleh melihat di bawah kulit.

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan.

Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa.

Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba, iaitu baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda.

Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda, jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama.

Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.

Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.

Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak. Pertambahan berat badan yang terlalu banyak atau obesiti dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul.

Cuba amalkan diet sihat dan seimbang. Terdapat juga pelbagai jenis seluar ketat (tights) dan stokin khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba pakai untuk mengelakkan darah dari berkumpul di kaki.

Pakai seluar ketat atau stokin ini sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang untuk berkumpul di kaki. Tiada jaminan seluar ketat atau stokin ini dapat menghalang urat simpul daripada berlaku atau menghalangnya daripada menjadi teruk, tetapi ia mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasa.

Biasanya urat simpul tidak menyebabkan masalah serius. Tetapi jika ia berlaku di kawasan perineum iaitu kawasan di antara faraj dan dubur, doktor anda perlu mengawasinya dengan serius semasa anda bersalin.

Beliau akan memastikan semasa anda meneran, perineum anda tidak terkoyak kerana ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Jika urat simpul anda tidak hilang selepas bersalin, anda boleh dapatkan rawatan. Namun, lebih baik jika anda tunggu sehingga anda telah selamat melahirkan jumlah anak yang anda inginkan sebelum anda menjalani rawatan kerana urat simpul berkemungkinan bertambah teruk dalam setiap kehamilan seterusnya. – Utusan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih