Amalkan 10 Petua Ini Jika Ingin Dapatkan Kulit Bayi Yang Bersih Dan Cerah Apabila Lahir Nanti…

Powered by WP Review

 Kulit Bayi Yang Bersih Dan Cerah

Amalkan 10 Petua Ini Jika Ingin Dapatkan Kulit Bayi Yang Bersih Dan Cerah Apabila Lahir Nanti… – Kalau ikutkan ibu hamil, kebanyakan mesti nak kulit bayi yang putih gebu, malah ada yang sanggup amal petua tradisional hanya kerana mahukan kulit anak putih!

Sebenarnya kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.

Meskipun menurut pakar, apa yang ibu makan ketika hamil tidak menentukan warna kulit bayi yang dilahirkan. Melainkan kulit anak akan putih gebu hasil percampuran genetik antara ibu dan ayah.

Amalkan 10 Petua Ini Jika Ingin Dapatkan Kulit Bayi Yang Bersih Dan Cerah Apabila Lahir Nanti…

Namun tak salah jika ibu tetap ingin berusaha, ada beberapa makanan yang ramai percaya dapat cantikkan kulit bayi. Jom semak…

1. Kelapa

Air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih. Air kelapa mengandung elektrolit tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan alami bagi tubuh. Lagi bagus, air kelapa dapat menghidrasi tubuh dengan cepat dan membantu menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi dalam kandungan akan lebih bersih.

2. Susu Saffron

Amal minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffron, 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur boleh mengelakkan bayi kena demam kuning.

Campur dua stigma saffron untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit air rendaman Saffron dalam bancuhan susu botol anak.

Cara lain, anda boleh amalkan ambil filamen Saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.

Bagi ibu hamil, meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti.

3. Putih telur

Telur makanan yang kaya dengan kandungan protein, malah di katakan sebagai makanan yang kaya dengan protein tinggi. Selain itu, banyak lemak, mineral, serta kolin tinggi yang sangat baik untuk ibu hamil. Selalu mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan diyakini dapat membuatkan kulit bayi putih dan sempurna.

4. Badam

Sebenarnya ada 3 makanan yang sangat digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang sedang mengandung iaitu, kurma, badam dan susu. Boleh buat minuman dan campur semua bahan ini. Apa yang bagus, badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.

Makan badam atau minum susu badam selama kehamilan. Selain sihat untuk perkembangan janin, badam juga dipercayai dapat mencerahkan kulit bayi.

5. Oren

Salah satu buah kaya dengan vitamin C yang wajib diambil selama kehamilan. Selain meningkatkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.

6. Nanas

Di beberapa negara Asia minum jus nanas seminggu sekali dipercayai dapat menjadikan kulit bayi putih sempurna.

7. Jintan manis

Wanita hamil di India percaya dengan minuman air rendaman biji jintan manis sebanyak 3ml setiap pagi dapat meningkatkan warna kulit bayi. Selain itu juga dapat meringankan gejala mual di pagi hari.

8. Jus anggur

Kandungan alpha hydroxy acids (AHA) dalam anggur dipercaya berkesan untuk menghasilkan kulit yang cerah dan sihat.

9. Kacang hijau

Mengambil bubur kacang hijau atau air rebusannya diyakini dapat menjernihkan air ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan.

10. Lobak putih

Lobak putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama hamil.

Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Tetapi jangan risau, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang cukup.

Selain 10 makanan di atas, ada baiknya ibu juga mengambil makanan yang kaya dengan omega 3. Omega 3 secara ilmiah sudah terbukti baik untuk kulit ibu dan bayi.

Dengan rutin mengambilnya selama hamil dan menyusu, kulit bayi akan terhindar dari risiko berbagai seperti alahan kulit.

Semoga maklumat ini bermanfaat ya!

Sumber: Mingguan Wanita

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih