Kaum Hawa Mesti Baca !! Petua Rahsia Kecantikan Dan Kesegaran Badan

Powered by WP Review

Kaum Hawa Mesti Baca !! Petua Rahsia Kecantikan Dan Kesegaran Badan – Sedia maklum banyak khasiat jus kunyit yang mungkin kita tak sangka. Rata-rata sekadar menggunakan kunyit semasa menggoreng ayam atau ikan. Paling tidak pun menggunakannya semasa anak selesema, itupun kalau masih teringat petua orang lama. Walau bagaimana dengan viral nya petua jus kunyit semakin ramai yang terbuka dan menerima jus kunyit sebagai satu alternatif menyihatkan badan.

Kaum Hawa Mesti Baca !! Petua Rahsia Kecantikan Dan Kesegaran Badan

Jika sebelum ini ia lebih sinonim dengan wanita bersalin, namun sejak banyak jus kunyit dipasarkan secara komersil sebagai satu suplemen, ia tidak dianggap asing lagi.

Kaum Hawa Mesti Baca !! Petua Rahsia Kecantikan Dan Kesegaran Badan

Malah ramai yang berebut mencubanya. Antara kelebihannya adalah untuk kecantikan kulit, menyembuhkan luka dalaman, meringankan badan, merawat sakit sendi, dan masalah dalaman wanita.

Namun, rasanya lebih baik jika jus kunyit dibuat sendiri secara home made. Jangan risau, berikut merupakan satu resepi yang dipetik daripada doktor sendiri iaitu Dr. Zubaidi yang terkenal di media sosial.

Dan kali ini, lelaki juga boleh mencubanya, bukan sahaja wanita ya.

Selamat mencuba!

Cara-caranya:

1. Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup 2 inci hendaklah dibersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.

2. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.

3. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih