Inilah Punca Sebenar Kenapa Dilarang Memakan Makanan Yang Panas

loading...

Duduk menunggu makanan di satu restoren Hot Mas pada satu malam, saya lihat ada makanan yang dihantar ke meja pelanggan dengan keadaan mendidih dan pan. Ini macam satu keistimewaan restoren ini.

Masakan-panas-672x315

Tapi saya terfikir hadis Nabi 
“Makanan itu tidak boleh dimakan kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang.” 
(HR.Baihaqi).

Malah dalam hadis lain Nabi menyebutkan bahawa makanan yang panas tidak ada kebaikan. 
“Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas.” 
(HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma’ad,

“Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.” 

Beliau juga bersabda,

“Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya.” 
(HR.Darimi dan Ahmad). 

Dalam hadis yang lain diceritakan oleh Anas bin Malik Nabi dijemput makan daging bakar yang masih panas, baginda tidak memakannya.

Kesimpulannya makanan tidak boleh dimakan ketika masih panas, walaupun mungkin banyak orang berkata bila dah sejuk tidak sedap. Tetapi kita lihat kini trend makan panas ini berleluasa tanpa menghirau hadis Nabi.

Makanan dihidang terus dalam hot pan, steamboat, barbecue, grill hingga bawa dapur ke atas meja. 

Saya pernah berbual dengan seorang doktor di bidang barah, dia mengatakan kebarangkalian tinggi kanser usus terjadi disebabkan makan makanan panas.

Saya hanya memperingatkan apa yang Nabi pesan, dan sesungguhnya apa yang Nabi sebut adalah benar. Hujah sedap adalah hujah nafsu sedangkan makan bukan bertujuan kerana sedap. 

Teknik makanan panas ini kebanyakan dari bukan Islam yang meletakkan sedap sebagai tujuan, sedangkan kita muslim tidak boleh sedemikian.

Ada juga orang suka minuman panas, yang dihembus untuk sedikit menyejukkan.

Hadis Nabi,  “Bahawasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. 
(HR. At Tarmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Meniup minuman panas adalah dilarang Nabi kerana kajian menunjukkan penggabungan karbon dioksida dari hembusan dengan wap air yang menghasil asid. 

Sekali lagi menunjukkan betapa Nabi melarang minuman yang panas. Minumlah pada kadar kepanasan yang tak perlu dihembus.

Tabiat ibu-ibu yang meniup makanan untuk disuap kepada anak kecil juga patut dihentikan berdasar hadis ini. Ambillah kaedah lain untuk menyejukkan makanan dan minuman.

Mungkin kita nak makan nasi goreng dalam belanga, daging bakar dalam hot pan, mee goreng dalam tempurung, aiskrim dalam pasu, air dalam balang, nasi dalam daun pisang, ayam dalam buluh, makanlah, Nabi tak tegah cuma ada yang janggal pada budaya saja. Ini ok, selagi anda boleh telan.

Berubahlah kepada yang lebih baik iaitu mentaati rasul. Kita boleh mengemukan seribu hujah dan alasan kerana nafsu, tetapi ingatlah di penghujung hidup, bila ditimpa berbagai penyakit, akhirnya kita kena akur bahawa apa yang dibawa Nabi adalah benar.

Oleh: Cikgu Abd Ghani Haron

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih