Inilah Cara Masak Nasi Putih Yang Tak Menggemukkan Badan

Powered by WP Review

Inilah Cara Masak Nasi Putih Yang Tak Menggemukkan Badan – Tak dapat nafikan korang yang tengah diet tu mesti takut nak ambil nasi dalam diet korang kan sebab takut berat badan lagi naik. Memang betul pun ini kerana kalori dalam nasi tinggi sehingga 206kcal dan menyebabkan ramai berkira-kira nak ambil ke taknak.

cara masak nasi putih yang tak menggemukkan badan

Inilah Cara Masak Nasi Putih Yang Tak Menggemukkan Badan

Tetapi, korang tahu tak ada pengkaji yang menemui cara masak nasi dan tak menyebabkan kegemukan. Haa, macam mana eh?

Times of India, the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka yang menemui cara tersebut dan terus menjadi khabar gembira buat korang yang nak jaga badan tu.

1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.
2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.

Cara ini juga boleh buatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 peratus. So, walaupun diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi tembam. Hehe.

Haa, jom lah cuba buat cara ni hari ni!

Sumber: Cari

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih