Golongan Darah A Mudah Diserang Stres

loading...
Powered by WP Review

Golongan Darah A Mudah Diserang Stres – Lahir dari golongan darah A? Jaga-jaga kerana anda akan mudah diserang stres! Menurut satu kajian bertajuk Effects of stress and blood type on cortisol and VLDL toxicity preventing activity yang dijalankan Psychosom Med, golongan kumpulan darah A mempunyai kadar hormon kortisol lebih tinggi berbanding kumpulan darah O dan menyebabkan anda mudah diserang tekanan.

Golongan Darah A

Golongan Darah A Mudah Diserang Stres

Pun begitu, setiap kumpulan darah mempunyai kadar peningkatan hormon masing-masing, namun kumpulan darah A ini dilihat lebih cenderung untuk mudah mendapat tekanan. Oh, macam tu pula? Baru tahu ni.

Jadi, golongan dari kumpulan darah ini dinasihatkan untuk lebih santai dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti seperti yoga untuk mengurangkan tekanan.

Sukan lasak seperti angkat berat dan acara balapan sangat tidak digalakkan untuk mereka kerana akan menyebabkan diri berasa lebih cepat tertekan. Nanti bertambah-tambah pula tekanan mereka ni.

Jadi, mereka harus dijauhkan atau sebaiknya dikurangkan dari sebarang situasi tekanan untuk menjaga tahap kesihatan mereka. Penulis juga dari kumpulan darah A, sedikit sebanyak ada kebenarannya kenyataan itu.

[ BACA: 7 Makanan Ini Yang Mesti Anda Cuba Untuk Menghilangkan Stres !! ]

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih