Cara mujarab atasi Masalah Kelemumur dengan daun kesum

loading...
Powered by WP Review

Petua cara mujarab atasi Masalah Kelemumur dengan menggunakan daun kesum. Daun kesum sangat popular bagi masakan asam pedas ataupun laksa. Kalau tak ada daun kesum ni rasa macam tak lengkap masakan. Walaupun ianya bukanlah satu kemestian atau tak letak dalam masakan pun tak apa, tapi daun kesum sebenarnya akan menambahkan lagi rasa termasuk aroma sesuatu masakan itu.

Kalau nak tahu, selain daripada menjadi penambah rasa pada masakan sebenarnya daun kesum ini mempunyai khasiat lain yang ramai orang tak tahu.

Cara mujarab atasi Masalah Kelemumur dengan daun kesum

Antara khasiat yang terdapat pada daun kesum adalah;

Cara mujarab atasi Masalah Kelemumur dengan daun kesum

1. Merawat Kelemumur

Jika anda mempunyai masalah kelemumur boleh lah cuba cara mujarab atasi masalah kelemumur.

  • Kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala.
  • Biarkan seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa. InshaAllah masalah kelemumur pada rambut anda akan pulih.

2. Mengubati Sakit Perut

Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut inshaAllah akan melegakan sakit perut anda. Daun yang direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut. Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.

Jadi ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik diluar sana lepas ni boleh la beli banyak daun kesum ni ye. Kalau tak habis guna pun jangan risau daun kesum ni sangat senang untuk ditanam.

Pastikan rendam tangkainya sekerat kedalam bekas berisi air sehingga nampak akar-akar kecilnya mula tumbuh. Kemudian pindahkan sahaja ke dalam pastu dan pastikan hari-hari siram. Pokok daun kesum perlukan air yang banyak untuk hidup subur.

Sekian. Selamat mencuba!

__________________

Masalah kelemumur aktif, berkeruping. Apa perasaan anda apabila melihat kulit kepala seseorang yang berkeruping jatuh di atas baju ketika dia menggaru kepala atau menyelak rambut. Mungkin anda merasakan individu itu seorang yang tidak pandai menjaga kebersihan diri atau pengotor.

Tetapi sebenarnya, terdapat banyak punca menjurus kepada masalah ini dan yang paling lazim ialah masalah kelemumur yang aktif atau bahasa saintifiknya seborrhoeic dermatitis.

Masalah terjadinya seborrhoeic dermatitis ini lazimnya akibat dua jenis bakteria iaitu propionibacterium dan staphylococcus dan juga hormon yang mengaktifkan kelenjar minyak terutama bagi lelaki berumur 20-an dan berkurangan ketika usia mencapai 50-an.

Faktor ini akan menyebabkan keradangan kulit rambut dan pengelupasan kulit.

Menurut Pakar Dermatologi Hospital Pakar Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Kartini Farah Rahim, dianggarkan hampir 50 peratus penduduk dewasa di negara ini mengalami masalah kelemumur yang mengakibatkan kegatalan, menjadi kemerah-merahan, berminyak dan berkeruping, tetapi malangnya malu untuk berjumpa dengan doktor kerana risau dianggap pengotor.

“Masalah kelemumur yang lebat ini boleh mengganggu keyakinan diri. Individu itu juga akan berasa malu apabila sisa-sisa kelemumur yang bertaburan di atas bahu, mudah kelihatan apabila memakai baju berwarna gelap.

“Kadangkala kulit di sekitar muka dan telinga juga menjadi merah, bersisik dan berminyak. Kelemumur juga boleh menjadi lebat terutama pada golongan wanita yang bertudung sepanjang hari apatah lagi sekiranya mengenakan tudung ketika rambut masih basah,” katanya.

Masalah ini juga boleh terjadi di kawasan kulit kepala, muka dan dada kerana kawasan ini mempunyai paling banyak kelenjar minyak.

Menurut Dr. Farah Kartini, apabila keadaan ini berlaku, bukan sahaja kulit kepala menjadi bertompok-tompok merah, gatal, berminyak dan bersisik, tetapi rambut juga boleh gugur dengan banyak.

Sisik-sisik kulit kering halus juga boleh jatuh secara berkeping-keping dari kulit kepala, kulit bulu kening dan kulit di tepi hidung dan mulut.

Selain kelemumur aktif, masalah lain yang mungkin juga boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berkerak dan berkuping adalah masalah psoriasis, ekzema dan kulat tinea capitis.

“Masalah psoriasis kulit kepala sebenarnya adalah perkara biasa, di mana kawasan sekeliling rambut akan menjadi merah, tebal dan bersisik mengikut garisan rambut.

Penggunaan produk-produk yang tidak sesuai seperti pewarna dan gel rambut juga boleh mendatangkan keradangan kulit yang menyebabkannya bersisik seperti kelemumur.

“Pesakit yang mengalami psoriasis juga mungkin mengalami ruam psoriasis di kawasan-kawasan kulit yang lain seperti pada siku, lutut dan kuku yang memerlukan pemeriksaan doktor kulit bagi mengesahkan yang mana satu masalah penyakit tersebut, bagi mendapatkan rawatan yang tepat,” katanya.

Bagaimana untuk merawatnya?

Seborrhoeic dermatitis boleh dirawat dengan mengurangkan pertumbuhan kulat pada kulit kepala. Penggunaan syampu antikelemumur di pasaran yang mengandungi zinc pyrithione, asid salisilik, sulfur, tar, selenium sulfide, ketoconazole dan ciclopirox boleh membantu mengawal pertumbuhan kulat ini.

“Bagi mendapatkan hasil yang baik, buihkan syampu dan perapkan di kulit kepala sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dibilas. Sisik dan kerak di kepala akan tanggal dengan sendiri apabila diletakkan sapuan yang mengandungi campuran minyak, asid salisilik dan steroid.

“Dinasihatkan mereka yang mengalami masalah ini mencuba satu persatu jenis-jenis syampu yang disenaraikan pada satu-satu masa setiap hari selama beberapa minggu, dan jika hasil tidak begitu memuaskan, cuba pula kombinasi syampu tersebut secara berselang-seli. Jika hasil sudah memuaskan, kekerapan syampu boleh diturunkan seminggu sekali sahaja,” kata Dr. Farah Kartini.

Beliau juga menasihatkan pesakit agar tidak sekali-kali menggaru dan mengorek kulit kepala yang berkuping ini dengan apa-apa sahaja seperti kuku atau menggunakan sikat, kerana ini akan melebatkan (menebalkan) kerak kelemumur di kepala lagi.

“Sekiranya mereka berhadapan dengan kulit berair atau melecet di kawasan yang digaru, contohnya di belakang telinga, pastikan pesakit menekapkan air garam (0.9 peratus sodium chloride) dengan kerap dalam sehari sehingga kawasan itu kering.

“Ubat antikulat seperti miconzole, clotrimazole dan nystatin boleh disapu pada kulit bersisik yang kering untuk mengurangkan pertumbuhan kulat ini,” katanya.

Nasihat Dr. Farah Kartini, agar pesakit mendapatkan rehat dan riadah yang secukupnya kerana stres atau tekanan boleh mengaktifkan masalah kelemumur ini.

“Saya ingin menekankan, masalah ini bukan disebabkan akibat kurangnya kebersihan seseorang itu, jadi mereka tidak perlu terlalu kerap membasuh rambut atau muka kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Ini kerana basuhan yang kerap akan menjadikan kulit bertambah kering dan bersisik sekiranya dibasuh dengan sabun.

“Tambah-tambah lagi apabila individu ini berada di bilik berhawa dingin dan kering yang akan menyumbang kepada masalah ini,” katanya.

Katanya, masalah kulit ini juga tidak berjangkit dan tidak perlu khuatir sekiranya pasangan atau anak-anak pesakit dijangkiti, namun sekiranya masalah ini berlarutan, pastikan individu berkenaan berjumpa dengan doktor kulit untuk didiagnos bagi mendapatkan rawatan yang tepat.

Adakalanya ubat makan antikulat akan diberikan bagi kes-kes yang berat. – utusan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih