Apa Itu Penyakit Kayap? 5 Petua Mengubati Penyakit Kayap

Powered by WP Review

Apa Itu Penyakit Kayap? 5 Petua Mengubati Penyakit Kayap – Dalam istilah perubatan kayap dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap ini adalah merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini dikatakan mula menghuni di badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh,virus berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imun menjadi lemah ia menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf berlaku.

Apa Itu Penyakit Kayap? 5 Petua Mengubati Penyakit Kayap

Umur yang semakin meningkat seperti lebih 50 tahun ke atas dikatakan merupakan risiko utama terdedah penyakit kayap. Ini kerana pada usia sebegini ketahanan sistem imun semakin berkurangan dan kelemahan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit.

Jenis-jenis kayap

Kayap terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah :

1. Kayap ular (paling bahaya)

 Petua Mengubati Penyakit Kayap

2. Kayap api

3. Kayap bunga

4. Kayap setompok

Tanda-tanda Penyakit Kayap

Kayap biasa melibatkan satu bahagian badan sahaja dan ia tidak melibatkan banyak bahagian. Lazimnya melibatkan bahagian muka dan dada.

Tanda-tanda awal penyakit ini ialah :

1. Rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf

2. Demam

3. Sakit kepala

4. Letih, lesu

5. Hilang selera makan

6. Badan rasa sengal-sengal dan bisa-bisa

7. Kulit terasa gatal-gatal

8. Timbul ruam panas

9. Kulit sakit bila disentuh

10. Timbul gelembong-gelembong air di kawasan tertentu kulit

Tanda-tanda ini biasa berlaku antara 3 hingga 5 hari sebelum tompok-tompok pada kulit timbul.

Komplikasi penyakit saraf boleh berlaku, jika kayap melibatkan bahagian muka, ia boleh menyebabkan komplikasi pada mata termasuk menjadi buta dan komplikasi kepada saraf muka yang boleh menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy)

Selain itu kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru, usus, buah pinggang, hati dan sebagainya.

Komplikasi lain penyakit kayap adalah jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelombang air di kulit. Kadang-kadang gelombang merebak ke kawasan lain. Keadaan ini biasa berlaku kapada pesakit yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Pantang Larang Ketika Kayap

Antara pantang larang bila terkena kayap. Pantang larang ni dapat membantu kayap sembuh dengan lebih cepat. Antaranya ialah :

1. Jangan makan makanan berminyak

2. Jangan makan buah tempatan

3. Jangan masak menggoreng (elakkan minyak)

4. Tidak boleh terkena sabun

5. Tidak boleh makan makanan yang menjalar atau berjalur seperti tembikai, timun dan labu

5. Tidak boleh makan makanan yang gatal-gatal

Petua-petua untuk merawat Kayap

Petua 1

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbuk atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan 1 hari dua kali pagi dan malam.

Petua 2

Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daun serta airnya perahannya dan ditekap pada tempat yang terkena kayap dan bengkung semalaman

Petua 3

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat bedak sejuk(tanpa pewangi). Tampal kat tempat kayap itu. 3 hari jer dah kering. Tapi makan kena jaga agar cepat baik. Yang penting sekali bila dah baik jangan dikopek parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan merebak semula

Petua 4

Pucuk daun bunga melur, pucuk daun delima, daun setawar dan pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kawasan terkena kayap.

Petua 5

Ubi larut, tenyeh atau gosok belakang lesung batu pastu ambil pastinya buat sapu di kawasan kayap

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih